Cari:
Novel Klasik China Versi Bahasa Melayu Diterbitkan
2016-01-04 12:00:04 CRI Cetak

Pusat Kebudayaan Han Malaysia dan Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif) telah menerbitkan buku Hikayat Pinggir Air, Hikayat Tiga Negara dan Hikayat Jelajah ke Barat versi bahasa Melayu yang merupakan tiga daripada empat novel klasik China.

Sebuah lagi karya klasik agung, iaitu Mimpi Bilik Merah sedang dalam proses penterjemahan. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San semalam.

Menurut beliau, menurut pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hikayat Jelajah ke Barat merupakan karya penuh imaginatif yang merentas masa, negara dan agama. Mimpi Bilik Merah pula merupakan karya yang paling sukar untuk diterjemahkan. Kerja-kerja penterjemahan bagi 40 daripada 120 bab dalam novel tersebut telah diterjemahkan dalam masa 5 tahun lalu. Novel klasik itu diharap dapat selesai diterjemahkan dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Datuk Goh Hin San berharap penerbitan empat novel klasik China dalam versi bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan interaksi budaya antara Malaysia dan China, di samping mengeratkan kerjasama dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China