Cari:
Sanya Bina Hab Pengangkutan Udara Hubungkan Asia Tenggara
2016-01-05 14:05:56 CRI Cetak

Zon ekonomi berorientasikan pengangkutan udara dan lapangan terbang baharu di bandar Sanya, provinsi Hainan bakal menjadi hab pengangkutan udara antarabangsa yang menghubungkan Sanya dengan negara-negara Asia Tenggara.

Taman industri yang bakal dibina dengan menelan kos ratusan bilion RMB juga akan menjadi penjana utama kepada pembangunan bandar tersebut.

Laluan penerbangan antarabangsa antara Sanya dengan beberapa bandar di Asia Tenggara telah diwujudkan sejak Disember lalu, antaranya termasuklah Kuala Lumpur, Phuket, Da Nang dan Bangkok.

Syarikat Penerbangan Sichuan pula merancang untuk membuka beberapa laluan penerbangan lagi antara Sanya dengan bandar Ho Chi Minh, Vientiane, Luang Prabang dan Siem Reap dalam masa terdekat.

Di samping pelan pembinaan lapangan terbang baharu, Sanya turut mempercepat pembinaan pelabuhan induk bagi kapal persiaran di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China