Cari:
Indonesia Sasar 2 Juta Pelancong China pada 2016
2016-01-08 14:40:03 CRI Cetak

Indonesia memberikan pengecualian visa kepada pelancong dari 174 buah negara dan wilayah setakat ini, dan berharap dapat menarik kedatangan 2 juta pelancong dari China sepanjang tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya dalam majlis sambutan tahun baharu yang diadakan di Jakarta semalam.

Menurut beliau, masyarakat umum tidak perlu bimbang terhadap keselamatan negara ekoran pelaksanaan dasar bebas visa itu. Sebagai contoh, Malaysia dan Singapura tetap selamat walaupun melaksanakan dasar bebas visa kepada pelancong dari lebih 170 buah negara.

Tambah beliau lagi, walaupun Indonesia mempunyai lebih banyak destinasi pelancongan yang terkenal jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, namun jumlah kedatangan pelancong asing masih kurang. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China