Cari:
GST Penyelamat Ekonomi Negara
2016-01-09 16:34:26 CRI Cetak

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas, dari segi makronya merupakan penyelamat kepada kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelaksanaan GST telah mendapat kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion pada Disember 2015.

Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini, katanya pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di Putrajaya Jumaat lalu.

Najib berkata, harga minyak juga dijangka kekal rendah pada tahun ini dengan penyusutan pendapatan kerajaan dianggarkan lebih RM30 bilion.

Beliau berkata, kalau harga minyak kekal pada paras US$32.35 atau US$36 setong, penyusutannya adalah lebih RM30 bilion.

Dengan adanya hasil tersebut, Najib berkata kerajaan dapat melaksanakan projek-projek pembangunan seperti jalan raya, hospital, sekolah, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya kepada rakyat.

Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang melampau, beliau berkata kerajaan meneruskan program BR1M yang memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan peruntukan RM5.9 bilion. (Sumber dari Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China