Cari:
AirAsia Buka Tiga Laluan Baharu
2016-01-10 15:36:08 CRI Cetak

AirAsia Bhd akan melancarkan tiga laluan antarabangsa baharu dari Kota Kinabalu, Langkawi dan Pulau Pinang pada bulan ini.

Syarikat tersebut akan memulakan penerbangan langsung dari Kota Kinabalu ke Wuhan pada 22 Jan., Langkawi-Guangzhou (24 Jan.) dan Pulau Pinang-Ho Chi Minh (25 Jan.), kata Ketua Komersialnya Spencer Lee.

Menurut beliau, tahun ini merupakan tahun yang menarik dan Januari adalah bulan yang sibuk bagi AirAsia dengan laluan baharu memulakan operasi hariannya. Pihaknya sangat yakin AirAsia akan terus bertumbuh dan kekal mencatat keuntungan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan 14 peserta Malaysia dalam Cabaran Ulang Tahun AirAsia bersempena sambutan ulang tahun ke-14 syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang semalam.

Bersempena pelancaran laluan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang promosi merangkumi semua dari serendah RM88 sehala menerusi airasia.com untuk perjalanan dari 22 Jan hingga 29 Okt tahun ini. (Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China