Cari:
LRT China ke ASEAN Beroperasi di Malaysia
2016-01-11 15:22:53 Agensi Berita China Cetak
Tren LRT Laluan Ampang, Selangor Malaysia, projek Transit Aliran Ringan (LRT) buatan China yang pertama dieksport ke ASEAN telah beroperasi secara rasminya.

Demikian dinyatakan oleh CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC), iaitu firma lokomotif elektrik terkemuka dunia dari China.

Menurut CSR ZELC, lima buah tren LRT yang beroperasi lebih awal akan berhenti di lima stesen yang ditetapkan dalam fasa pertama projek tersebut sepanjang 12.5 kilometer. Pembukaan laluan LRT tersebut akan memberikan kemudahan yang selesa kepada kehidupan harian penduduk yang tinggal di sepanjang laluan LRT tersebut.

Dimaklumkan, tiga syarikat subsidiari CSR telah ditubuhkan di Malaysia dengan 90 peratus kakitangannya terdiri daripada warga Malaysia. Ketiga-tiga syarikat yang membekalkan 85 peratus produk dalam kuota pasaran Malaysia itu telah menjadi penjana utama dalam pembinaan kemudahan pengangkutan rel negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China