Cari:
Dialog Politik dan Damai Myanmar Bermula
2016-01-12 15:04:42 CRI Cetak

Rundingan damai Myanmar diadakan pagi tadi yang menandakan bermulanya dialog politik dan damai di negara itu.

Presiden Myanmar, U Thein Sein, Naib Presiden Sai Mauk Kham, Speaker Parlimen U Shwe Mann, Panglima Agung Tentera Myanmar, Je­neral Min Aung Hlaing, pengerusi Liga Kebangsaan bagi Demokrasi(NLD), Aung San Suu Kyi dan pemimpin pasukan bersenjata kaum minoriti, menteri-menteri dan wakil parti politik telah menghadiri majlis perasmian dialog itu yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa di Nay Pyi Taw.

Presiden U Thein Sein ketika berucap untuk merasmikan dialog itu berkata bahawa sejak kemerdekaan dicapai, Myanmar sentiasa mengalami konflik bersenjata. Kerajaan penggal ini telah banyak memberikan sumbangan kepada usaha mewujudkan keamanan di seluruh negara dan usaha tersebut telah meletakkan asas yang kukuh bagi kerajaan penggal baharu terus menggalakkan dialog politik dan damai.

Dialog kali ini dijangka akan berlangsung selama lima hari dan berakhir pada 16 Januari 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China