Ketua Pengarah Jabatan Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa Kementerian Pendidikan China, Cen Jianjun berkata, terdapat lebih 270 aktiviti akan diadakan di bandar-bandar utama China dan negara-negara ASEAN sepanjang tahun 2016. Aktiviti tersebut merangkumi pameran, simposium, kerjasama akademik, latihan, pengajaran dan pembelajaran serta pertukaran dalam kalangan belia.
Para peserta dari negara anggota ASEAN menyatakan kesungguhan untuk menyempurnakan rancangan program kerjasama dengan China bagi menjayakan Tahun Interaksi Pendidikan China-ASEAN 2016.