Pusat Pengajian Vokasional China-ASEAN telah ditubuhkan di Institut Perguruan Guangxi China semalam yang bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pendidikan vokasional antara China dengan ASEAN.
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, Qin Bin menyatakan bahawa penubuhan pusat itu akan membantu China dan ASEAN menjalankan penyelidikan terhadap pembaharuan, pembangunan dan dasar pendidikan vokasional serantau, di samping menyediakan perkhidmatan kepada China dengan ASEAN untuk menjalankan program pertukaran dan kerjasama pendidikan vokasional. Penubuhan pusat itu akan membawa manfaat kepada aktiviti pertukaran dalam pengajaran dan pembelajaran vokasional antara China dengan ASEAN.