Cari:
Thailand Dipilih Pengerusi Bergilir G77
2016-01-13 15:27:53 CRI Cetak

Thailand menggantikan Afrika Selatan sebagai pengerusi bergilir Kumpulan 77 (G77) bagi tahun 2016. Majlis serah tugas telah diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York AS semalam.

Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai dalam majlis itu mengucapkan terima kasih atas sokongan negara anggota G77 dan komited Thailand akan mengeratkan kerjasama dengan semua anggota G77 bagi menjaga kepentingan negara membangun.

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi mengucapkan tahniah kepada Thailand yang menjadi pengerusi bergilir G77. Beliau menyatakan bahawa Thailand adalah negara yang penting di Asia dan turut memainkan peranan penting dalam urusan antarabangsa dan serantau. China amat prihatin terhadap mekanisme kerjasama antara G77 dengan China. China akan sedaya upaya menyokong tugas Thailand sebagai pengerusi bergilir pertubuhan antarabangsa itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China