Sekumpulan lapan pensyarah dari enam universiti awam dan swasta Malaysia, akan menyertai pelayaran saintifik selama 22 hari ke benua Antartika bermula Isnin,18 Januari 2016. Ia bagi melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang.
Program 'Ekspedisi Penyelidikan Antartika Malaysia 2016' dengan kos RM450 ribu itu merupakan penjelajahan pertama dibiayai geran penyelidikan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) ke benua berkenaan.
Menurut Ketua ekspedisi yang juga pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Dr. Mohamad Huzaimy, kumpulan tersebut berlepas ke Argentina pada 13 Januari dan dijangka memulakan pelayaran sejauh 4 ribu kilometer dari Pelabuhan Ushaia di negara itu pada Isnin depan sebelum kembali ke tanah air pada 14 Februari ini.
-RTM