Cari:
Langkah Kawalan Keselamatan Malaysia Ditingkatkan ke Tahap Tertinggi
2016-01-15 11:30:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Selepas berlakunya kejadian pengeboman di Jakarta, Indonesia pada 14 Januari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap tertinggi bagi menangani ancaman pengganas yang dipercayai bersembunyi di negara itu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya semalam.

Khalid berkata, langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong. Di samping itu, langkah berjaga-jaga tambahan akan dilaksanakan di kawasan sempadan untuk menghalang kemungkinan penyusupan elemen-elemen keganasan.

Beliau menegaskan mereka yang berada dalam pemantauan polis kerana dicurigai berkaitan aktiviti pengganas, juga dipantau dengan teliti.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan yang berlaku di Jakarta. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan ucapan takziah menerusi telefon kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atas kejadian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China