Cari:
IS Dalang Serangan Bom dan Tembakan di Jakarta
2016-01-15 11:43:03 CRI Cetak

Polis Indonesia semalam mengesahkan bahawa serangan pengeboman yang berlaku di Jakarta semalam didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa seorang anggota IS warga Indonesia menjadi dalang serangan tersebut. Individu tersebut telah menubuhkan kumpulan pengganas dan berharap dapat menjadi "wakil" IS di Indonesia melalui serangan yang dirancangnya.

Beberapa serangan bom dan tembakan yang berlaku di kota Jakarta semalam mengakibatkan tujuh orang maut, manakala 17 orang lagi cedera, termasuk lima daripada yang maut dipercayai penyerang berani mati yang melancarkan serangan tersebut. Terdapat laporan menyatakan bahawa IS mengaku bertanggungjawab atas serangan bom dan tembakan itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya semalam, mengutuk serangan maut itu dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Beliau berharap agar mangsa yang cedera akan sembuh secepat mungkin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, China terkejut dengan siri serangan bersenjata dan pengeboman yang berlaku di Jakarta dan mengutuk pengganas yang melancarkan serangan itu.

Selain itu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, beberapa negara Asia Tenggara serta Australia, Kanada dan Iran turut mengecam serangan keganasan di Jakarta itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China