Cari:
Thailand Mendapat Manfaat dari AIIB
2016-01-16 14:51:48 CRI Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) perlu mengutamakan sokongan modal terhadap projek rentas sempadan atau transnasional di Asia Tenggara. Thailand sebagai salah sebuah negara Asia Tenggara akan mendapat manfaat dari pelaburan AIIB.

Demikian dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Thailand, Wisudhi Srisuphan ketika diwawancara baru-baru ini.

Menurut beliau, kini negara rantau Asia Tenggara masih kekurangan modal sebanyak kira-kira USD 8 trilion dalam bidang pembinaan infrastruktur. Oleh itu, pelaburan daripada AIIB dijangka akan memenuhi keperluan tersebut dan memberi faedah bagi menggalakkan kesalinghubungan, mengurangkan kos, meningkatkan taraf hidup rakyat dan membantu mewujudkan keseimbangan pembangunan pelbagai negara Asia Tenggara.

Wisudhi Srisuphan berpendapat bahawa penubuhan AIIB akan menarik lebih banyak negara terlibat dalam pembangunan rantau Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China