Menteri Pelancongan Indonesia, Arief Yahya semalam menyatakan bahawa walaupun Jakarta, ibu kota Indonesia dilanda serangan keganasan, namun masyarakat antarabangsa diharapkan jangan mengheboh-hebohkan Indonesia sebagai sebuah negara yang tidak selamat.
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 17 orang lagi tercedera dalam insiden pengeboman dan serangan bersenjata di Jakarta pada 14 Januari lalu. Kerajaan Indonesia mendakwa kumpulan militan Negara Islam(IS) dan penyokongnya di Indonesia mendalangi serangan keganasan ini.
Arief berkata, serangan keganasan berkemungkinan berlaku di mana-mana tempat, oleh itu jangan menyifatkan Indonesia sebagai negara yang tidak selamat.