Cari:
Sidang Damai Persekutuan Myanmar Pertama Gagal Capai Perjanjian
2016-01-17 15:17:15 CRI Cetak

Sidang Damai Persekutuan Myanmar pertama telah berakhir semalam di Nay Pyi Daw. Namun pelbagai pihak terlibat gagal mencapai sebarang perjanjian.

Sidang yang berlangsung selama lima hari tersebut menarik penyertaan beberapa ratus orang perwakilan dari kerajaan Mynamar, pasukan bersenjata kaum minoriti dan pelbagai parti politik untuk membincangkan topik-topik dalam bidang politik, ekonomi, masyarakat, keselamatan, tanah dan sumber alam.

Naib Presiden Mynamar, Sai Mauk Kham berkata, sidang kali ini merupakan permulaan yang memuaskan. Beliau berharap para peserta dapat memperkenalkan isi kandungan perbincangan dalam sidang kali ini kepada penduduk sekampung halaman mereka bagi menggalakkan pembinaan sebuah negara persekutuan yang domokrasi, damai dan membangun. Manakala, Menteri Jabatan Presiden Mynamar, U Aung Min pula menyatakan harapan agar pelbagai pihak terus berdialog untuk mencapai hasil yang positif dalam tempoh perkhidmatan kerajaan baharu Myanmar ini.

Menurut ahli penganalisis, walaupun perjanjian gagal dicapai dalam sidang kali ini, namun sidang ini tetap akan menjadi asas bagi pelbagai kuasa politik di negara ini untuk menjalankan dialog damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China