Cari:
KL Berdepan dengan Ancaman Serangan Berani Mati
2016-01-18 13:28:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Man­sor semalam berkata, Bukit Bintang, Bangsar, Menara Kuala Lumpur dan beberapa kawasan yang lain bakal berdepan dengan serangan keganasan.

Pihaknya akan meningkatkan langkah kawalan keselamatan di kawasan-kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan bantuan ketenteraan sekiranya diperlukan.

Beliau menyeru orang awam agar sentiasa berwaspada semasa berada di tempat-tempat awam, dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berjumpa dengan individu yang mencurigakan.

Polis Malaysia telah menahan empat orang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 15 Januari yang lalu.

Seorang daripada mereka merancang untuk melakukan serangan bom berani mati di Kuala Lumpur (KL).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China