Cari:
Indonesia Mahu Jerebu Tidak Berulang Tahun Ini
2016-01-19 15:08:27 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan semua pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mencegah masalah pembakaran hutan dan ladang di negara itu mulai sekarang.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu kejadian kebakaran hutan dan ladang secara terbuka yang mengakibatkan pencemaran jerebu di rantau ini seperti tahun lepas berulang.

Media tempatan memetik Jokowi sebagai berkata, kerajaan telah membentuk Badan Restorasi Gambut bagi menjalankan aktiviti memelihara hutan serta memastikan masalah kebakaran hutan dan ladang tidak berulang pada tahun ini.

Di samping itu, presiden itu turut mengarahkan semua pihak berkuasa peringkat daerah termasuk tentera dan polis supaya turun ke lapangan dan membuat pemantauan.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China