Cari:
Malaysia, Tempat ke-4 dalam Kedudukan Pasaran Logistik Pesat Membangun Dunia
2016-01-19 15:09:15 CRI Cetak

Usaha Malaysia untuk membangunkan rangkaian infrastruktur dan pengangkutan bertaraf dunia, meletakkannya di tempat keempat dalam kedudukan tahunan 45 pasaran pesat membangun dunia, yang dipantau rapat.

Indeks Ketangkasan Logistik Pasaran Pesat Membangun 2016 meletakan Malaysia melepasi Arab Saudi (5), Brazil (6) dan Indonesia (7).

Indeks itu membuat penarafan ke atas pasaran pesat membangun berdasarkan saiz, kedudukan perniagaan, infrastruktur dan faktor lain yang menjadikannya menarik kepada penyedia logistik, penghantaran barang, syarikat perkapalan, syarikat penerbangan kargo udara dan pengedar.

Malaysia telah menunjukkan komitmen berterusan dengan mempelbagaikan ekonomi serta membangunkan dan menaiktarafkan infrastruktur.

Malaysia juga mempunyai pelabuhan, lapangan terbang, rangkaian jalan raya dan kereta api, taman perindustrian dan taman-taman teknologi bertaraf dunia.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China