Cari:
CIC Sedia Platform bagi Produk Halal Malaysia Masuki China
2016-01-20 16:05:37 CRI Cetak

CIC Group of Companies kini menyediakan platform perdagangan bagi memudahkan kemasukan produk halal Malaysia ke pasaran China, berikutan pemeteraian perjanjian dengan Lanzhou Longma Ecommerce Technologies Co Ltd.

Pengarah Pemasaran CIC Group, Baryusamzlino Abdul Jabar berkata, anak syarikat kumpulan itu, China Inspection Consultancy (M) Sdn Bhd, telah diberi mandat oleh China Certification & Inspection Group Beijing Co Ltd (CCIC) bagi menawarkan khidmat pelabelan makanan runcit, pemeriksaan dan ujian berkaitan di Malaysia serta Asia Tenggara.

Menerusi mandat itu, mereka dapat memasarkan produk halal Malaysia di pusat beli-belah Butterfly Mall di Lanzhou serta 3,000 cawangannya di serata China.

Baryusamzlino berkata, pada peringkat pertama, sejumlah 50,000 unit stok simpanan merangkumi makanan dan minuman halal, makanan tambahan dan kosmetik akan dihantar ke China menjelang April ini.

(sumber Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China