Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo sempena majlis pecah tanah projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Jakarta dan Bandung semalam,sekali gus detik bermulanya projek HSR pertama yang beroperasi di Asia Tenggara.
Presiden Xi dalam perutusan tahniah itu berkata, pembinaan dan pengoperasian HSR itu adalah projek usaha sama China-Indonesia, juga persepakatan penting kedua-dua negara.
Menurut beliau, projek HSR tersebut adalah hasil kerjasama pragmatik Beijing-Jakarta, dan simbol signifikan dalam menjayakan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang infrastruktur dan perindustrian.
Xi berharap agar projek berkenaan dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang dan menunjukkan teladan yang baik kepada projek kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.