Cari:
Pelancong China ke Thailand Dinasihati Beli Insurans Tangani Ancaman MERS
2016-01-26 14:15:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jabatan Keselamatan Kedutaan Besar China ke Thailand semalam mengingatkan pelancong China agar membeli insurans pelancongan termasuk insurans perubatan sebelum melancong ke Thailand.

Ini ekoran kes kedua mengenai jangkitan wabak virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) telah dikesan di Thailand baru-baru ini.

Kedutaan Besar China ke Thailand memberikan amaran bahawa insurans pelancongan luar negara bukan sahaja dapat menyediakan perlindungan kepada para pelancong China ketika melancong di negara luar, malah merupakan pilihan alternatif bagi menangani ancaman virus wabak MERS.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Sou Phorn pula berkata, negaranya mempunyai pengalaman dalam menangani dan mengawal wabak MERS. Oleh itu, semua pihak diharap tidak panik terhadap situasi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China