Malaysia tidak akan memberi sebarang ruang untuk kumpulan ekstremis menyusup masuk ke negara itu dan segala langkah bagi memerangi ideologi serta aktiviti keganasan tersebut akan dikuatkuasakan kerajaan tanpa rasa apologetik.
Atas komitmen itulah Malaysia diperlengkapkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA), Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) serta Akta Majlis Keselamatan Negara.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cara terbaik untuk Malaysia atau mana-mana negara lain di dunia ini menjamin kebebasan awam adalah dengan mengekang sebarang aktiviti keganasan dengan lebih awal dan bukan setelah meletusnya sesuatu insiden.
Tegas beliau lagi, bagi pendokong ektremis seperti kumpulan militan Negara Islam (IS), istilah kebebasan awam tidak pernah wujud menyebabkan mereka sanggup membunuh rakyat yang tidak berdosa dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa perikemanusiaan.
---Utusan