Cari:
Peguam Negara Malaysia:PM Tidak Bersalah
2016-01-27 11:52:01 CRI Cetak

Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah "RM2.6 bilion" yang dimasukkan ke dalam akaun Najib, keterangan saksi-saksi dan doku­men-dokumen sokongan yang di­ke­mukakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib berjumlah USD 681 juta (RM2.08 bilion) antara tarikh 22 Mac 2013 hingga 10 April 2013 adalah me­rupakan sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.

Pihak SPRM sendiri dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumba­ngan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Najib secara peribadi.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China