Hubungan antara China dengan negara-negara ASEAN semakin erat kerana kepentingan bersama dalam jangka masa panjang.
Demikian dikatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui Ketua Setiausaha Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong yang menghadiri rundingan diplomatik China-Singapura kali ke-9 di Beijing semalam.
Wang Yi berkata, Singapura adalah negara penyelaras hubungan China-ASEAN. China berharap dapat bersama-sama dengan ASEAN bagi memfokuskan kerjasama, menghapuskan sebarang gangguan demi menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN bersempena dengan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN.
Chee Wee Kiong pula berkata, tahun lalu merupakan tahun yang penting dalam perkembangan hubungan Singapura-China kerana hubungan dua hala meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
Pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China dan komited untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara serta mengintensifkan kerjasama dalam pelbagai bidang.