Cari:
Syarikat Kapal Singapura Didenda RM528,277
2016-01-31 16:10:43 CRI Cetak

Sebuah syarikat perkapalan Singapura dikenakan denda berjumlah S$180,000 (RM528,277) kerana didapati melanggar sekatan antarabangsa yang dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara.

Mahkamah Daerah Singapura dalam kenyataannya berkata, syarikat Chinpo Shipping Company (Private) Ltd. didapati bersalah pada Disember lalu berhubung kesalahan memindahkan aset atau sumber kewangan yang dipercayai digunakan untuk program senjata Pyongyang.

Selain itu, firma berkenaan bersalah menjalankan perniagaan tanpa lesen antara 2009 dan 2013.

Chinpo Shipping Company (Private) Ltd. disenaraikan dalam laporan PBB pada 2014 kerana berperanan menghantar pesawat pejuang Cuba dan komponen peluru berpandu ke Korea Utara apabila aset ketenteraan itu dirampas di Panama setahun sebelumnya.

Kes itu melibatkan rampasan jumlah senjata dan bahan lain paling banyak sejak Korea Utara dikenakan sekatan ekonomi dan komersial oleh PBB pada 2016.

---sumber dair utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China