Percanggahan pendapat dan kesulitan sementara tidak akan mengubah trend perkembangan hubungan yang saling menguntungkan antara China dengan Filipina.
Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua ketika berucap pada majlis jamuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina semalam.
Menurut beliau, China dan Filipina merupakan negara berjiran dan rakan kerjasama.
Kedua-dua pihak diharap dapat membuka lembaran baharu dalam hubungan kerjasama yang saling menguntungkan dan meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang ke satu tahap yang lebih tinggi.
Beliau yakin, asalkan kedua-dua pihak mahu bekerjasama, maka hubungan China-Filipina pasti bertambah baik.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan masyarakat Cina di Filipina dalam mendorong hubungan kerjasama dan persahabatan kedua-dua negara.