Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapan Selamat Tahun Baharu Cina telah mengingatkan rakyatnya agar berpegang teguh pada transformasi ekonomi dan arah tujuan yang tepat.
Menurut beliau, walaupun Singapura dijangka tidak akan berdepan dengan situasi yang sama seperti krisis kewangan global pada tahun 2008, yang mengakibatkan kemelesetan ekonomi yang serius, namun kerajaan tetap memberikan perhatian kepada perkembangan semasa pasaran serta membantu syarikat dalam proses peralihan ekonomi dan para pekerja bagi meningkatkan kemahiran mereka.
Dalam ucapan tersebut, Lee Hisen Loong turut menggalakkan rakyatnya untuk menambah bilangan zuriat sambil menegaskan bahawa kerajaan akan menyediakan pelbagai bentuk sokongan.