Cari:
Indonesia Sasar 2.1 Juta Pelancong China pada 2016
2016-02-16 14:47:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Indonesia akan mengembangkan sepuluh destinasi pelancongan negaranya bagi menarik 2.1 juta pelancong China pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan Indonesia, I Gde Pitana berkata demikian dalam sidang media di Jakarta semalam.

Pitana berkata, negaranya merancang untuk menarik 12 juta pelancong asing melancong ke Indonesia dalam tempoh tahun 2015 hingga 2019. Matlamat tahun 2016 adalah untuk menarik 2.1 juta pelancong China termasuk Hong Kong dan Taiwan kerana China merupakan sumber pelancong yang agak besar bagi Indonesia.

Tambah beliau lagi, bagi menarik lebih ramai pelancong asing melancong ke Indonesia, negaranya komited untuk membangunkan Bali, Jakarta, Batam, Makassar, Bandung, Banyuwangi, Yogyakarta, Solo, Semarang, Lombok serta Manodo dan Raja Ampat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China