Cari:
Boeing Yakin Pasaran Asia Tenggara
2016-02-16 14:49:29 CRI Cetak

Syarikat Boeing dalam Laporan Prospek Pasaran Asia Tenggara yang dikeluarkan di Singapura semalam menyatakan bahawa rantau Asia Tenggara masih memerlukan 3750 buah pesawat dalam tempoh 20 tahun akan datang, yang keseluruhannya bernilai kira-kira USD 550 bilion.

Laporan tersebut meramalkan bahawa 3/4 daripada permintaan pasaran Asia Tenggara akan digunakan untuk menambah bilangan pesawat sedia ada oleh pelbagai syarikat penerbangan, antaranya termasuklah model generasi baharu pesawat bersaiz kecil Boeing 737 dan 737 MAX yang mendapat permintaan tinggi. Selain itu, pasaran Asia Tenggara juga memerlukan 800 buah pesawat bersaiz besar seperti Boeing 777, 777x dan 787.

Menurut laporan itu, penerbangan tambang murah dijangka akan menguasai lebih 45 peratus kuota pasaran Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China