Cari:
Singapura: China Berperanan dalam Orde Baharu Dunia
2016-02-17 11:10:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China memainkan peranan penting dalam proses menetapkan orde dan peraturan antarabangsa baharu.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen berkata demikian dalam dialog "China dan Orde Antarbangsa" sempena Mesyuarat Keselamatan Munich ke-52 yang diadakan di Jerman baru-baru ini.

Menyentuh kebangkitan China dan hubungan China dengan Amerika Syarikat (AS), Ng Eng Hen berkata, China berkait rapat dengan sistem global dan telah memberikan sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi Asia dalam tempoh sedekad yang lalu. China yang mempunyai kehebatan dalam sektor ekonomi dan bidang ketenteraan pasti dapat memegang tampuk kepimpinan di pentas antarabangsa.

Tegas beliau lagi, kestabilan China bergantung pada kestabilan pola dunia, maka China perlu membentangkan visi negaranya terhadap orde antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China