Armada pengiring ke-21 tentera laut China yang diketuai Mejar Jeneral, Yu Manjiang tiba di Pelabuhan Leam Chabang Thailand hari ini untuk memulakan lawatan muhibah selama lima hari di negara itu.
Dalam tempoh lawatan itu, komander tentera laut kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan ketenteraan dua hala serta situasi serantau. Selain itu, interaksi mengenai pembasmian lanun dan perlawanan bola sepak persahabatan juga akan diadakan.