Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian China, Hong Lei dalam sidang media semalam.
Hong berkata, pemimpin dari China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam yang terlibat dalam Mekanisme Kerjasama Sungai Lancang-Sungai Mekong akan bersama-sama membincangkan dan merangka rancangan serta visi kerjasama dalam mesyuarat tersebut. Kerjasama Sungai Lancang-Sungai Mekong turut memberikan bantuan dan sokongan padu kepada kerjasama China-ASEAN, pembinaan Komuniti ASEAN serta proses integrasi rantau ini.