Cari:
Rombongan Kesenian China Bakal Adakan Persembahan di Kuala Lumpur
2016-02-20 15:56:21 CRI Cetak

Pelbagai pertubuhan orang Cina Malaysia termasuk Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia-China mengadakan aktiviti untuk merai kedatangan rombongan kesenian China yang diketuai Naib Ketua Jabatan Hubungan Luar Persatuan Pertukaran Luar China, Zhu Liu di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Zhu Liu dalam ucapanya menyatakan bahawa rombongannya telah mengadakan persembahan dengan berjaya di Kota Kinabaru, Sabah dan Kucing, Sarawak. Destinasi ketiga rombongannya adalah Kuala Lumpur.

Ketua Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia-China, Tan Sri Dato' Koo Yuen Kim menyanjung tinggi sumbangan rombongan kesenian China itu terhadap pertukaran kebudayaan antara Malaysia dengan China dan menganggap persembahan rombongan itu tentu akan meriangkan suasana sambutan Tahun Baharu Cina kepada penduduk Kuala Lumpur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China