Cari:
Indonesia Rancang Tutup Semua "Daerah Lampu Merah"
2016-02-25 14:28:32 CRI Cetak

Kerajaan Indonesia merancang untuk menutup semua kawasan pelacuran atau "daerah lampu merah" di negara itu menjelang tahun 2019.

Usaha tersebut adalah antara langkah bagi menghapuskan aktiviti pelacuran di negara yang mempunyai bilangan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia, sekali gus mengurangkan impak negatif kepada kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan kawasan pelacuran.

Menteri Hal Ehwal Sosial, Khofifah Indar Parawansa semalam memaklumkan, kerajaan telah pun menutup 68 buah "daerah lampu merah", manakala 100 lagi akan ditutup dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pada masa ini, satu kempen membasmi pelacuran dengan membersihkan daerah lampu merah di Jakarta, terutama sarang pelacuran yang terkenal, Kalijodo, sedang giat dilaksanakan dengan membina taman-taman di lokasi tersebut.

Kerajaan berjanji akan memberikan latihan, kaunseling dan bantuan kepada para pelacur berikutan penutupan kawasan tersebut.

Meskipun pelacuran diharamkan di Indonesia, namun aktiviti tersebut tetap berleluasa di bandar-bandar utama di negara itu.

Pada 2014, Datuk Bandar Surabaya mengarahkan penutupan kawasan panas di bandar itu, yang dikatakan sebagai "daerah lampu merah" terbesar di Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China