Cari:
ASEAN Capai Konsensus Berhubung Isu Laut China Selatan
2016-02-28 14:32:01 CRI Cetak
Menteri-menteri luar negeri ASEAN mencapai konsensus mengenai isu Laut China Selatan, iaitu pihak-pihak terbabit patut menyelesaikan pertikaian secara damai berasaskan undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar Laos, negara pengerusi bergilir ASEAN, Thongloun Sisoulith berkata, para menteri yang hadir pada sesi Permukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN selama dua hari di Vientiane telah mengulangi komitmen mereka untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau serta cara damai dalam menyelesaikan pertikaian.

Mereka berjanji akan menghormati undang-undang dan prosedur diplomasi, tidak menggunakan kekerasan atau mengancam mana-mana pihak dengan cara kekerasan, dan mematuhi undang-undang antarabangsa yang telah diterima pakai secara umum, khususnya Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Dalam perbincangan berkenaan, semua pihak bersetuju akan mengekang diri dan mengelakkan ketegangan meningkat di wilayah yang dipertikaikan, selain mengesahkan pentingnya keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di ruang angkasa kawasan berkenaan.

Acara itu yang pertama dalam satu siri mesyuarat peringkat menteri sejak penubuhan Komuniti ASEAN pada 31 Disember lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China