Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan dalam sebuah kereta curi meletup berhampiran sebuah balai polis di wilayah Pattani, selatan Thailand semalam, yang menyebabkan lapan cedera termasuk tujuh anggota polis.
Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa berkata, letupan bom yang berlaku pada tengah hari semalam itu memusnahkan dua buah kereta dan beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran, selain menyebabkan kebakaran merebak pantas di beberapa kediaman berdekatan lokasi kejadian tersebut.
Dilaporkan, kereta berkenaan dicuri dari sebuah kampung pada pagi semalam dan pemiliknya cedera ditembak sebelum kenderaannya dilarikan orang tidak dikenali.
Pihak polis mendakwa, kumpulan pemisah di selatan Thailand dipercayai ada kaitan dengan kejadian tersebut.