Cari:
ASEAN: Selesaikan Perselisihan Laut China Selatan Secara Damai
2016-02-29 14:32:54 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN bertekad untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan Laut China Selatan, serta penyelesaian perselisihan secara damai, di samping menekankan peri pentingnya pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh dan efektif, dan menyeru Kod Tatalaku Laut China Selatan (CoC) dicapai secepat mungkin.

Komitmen itu ditegaskan oleh Menteri Luar dari negara-negara ASEAN sempena Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN yang diadakan di Vientiane, Laos pada 26 dan 27 Februari lalu.

Selaku negara pengerusi ASEAN, Timbalan Perdana Menteri Laos merangkap Menteri Luar, Thonglun Sisoulit menyatakan bahawa China antara rakan dialog yang paling penting bagi ASEAN, maka perkembangan hubungan dengan China amat signifikan bagi pertubuhan serantau itu.

Tambah beliau lagi, China sentiasa komited menyokong ASEAN memainkan peranan penting dalam kerjasama Asia Timur. ASEAN dan China akan bersama-sama mengadakan siri aktiviti untuk memperingati ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China