Cari:
Malaysia Isytihar
Perang terhadap Dadah
2016-02-29 14:20:11 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam mengisytiharkan bahawa kerajaan akan memerangi jenayah penyalahgunaan dadah secara besar-besaran pada tahun ini.

Beliau menegaskan, tindakan tersebut berikutan kebimbangannya terhadap statistik sejumlah 26,660 orang penagih dikesan tahun lalu dengan 76.1 peratus daripadanya merupakan penagih baharu, manakala selebihnya adalah penagih berulang.

Kira-kira 73.4 peratus daripada yang dikesan itu adalah golongan muda dan penagih dadah termuda yang dikesan tahun lalu berusia tujuh tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas semalam.

Tegas beliau, Malaysia tidak boleh mengikut tanda aras digunakan negara-negara Eropah yang membenarkan penggunaan ganja untuk mengurangkan ketagihan.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China