Cari:
Kebanyakan Negara ASEAN Bantah Isu Laut China Selatan Digembar-gemburkan
2016-03-01 14:47:09 CRI Cetak

Kebanyakan negara ASEAN tidak bersetuju isu Laut China Selatan digembar-gemburkan .

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tentang Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN semalam.

Hong Lei berkata, isu Laut China Selatan merupakan masalah antara China dengan beberapa negara ASEAN dan bukanlah masalah antara China dengan pertubuhan ASEAN.

Pada ketika ini, situasi di Laut China Selatan tetap stabil atas usaha bersama China dan negara-negara ASEAN.

Semua pihak sedang bekerjasama bagi melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DoC) dan menggalakkan Kod Tatalaku Laut China Selatan (CoC) dicapai secepat mungkin.

Beliau menambah, China sentiasa komited untuk bekerjasama dengan negara-negara yang terlibat langsung menerusi rundingan bagi menyelesaikan pertikaian isu tersebut demi memelihara keharmonian dan kestabilan Laut China Selatan.

China dan negara-negara ASEAN telah berikrar untuk mematuhi DoC dan memastikan hubungan China dan ASEAN terus stabil dan sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China