Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ditemui Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan di Beijing semalam.
Yang menyanjung tinggi perkembangan hubungan antara China dengan Singapura, dan melahirkan hasrat untuk memperkukuh rasa saling mempercayai politik, mengintensifkan kerjasama dalam sektor utama dan menggalakkan perkongsian kerjasama komprehensif China-Singapura mencapai hasil baharu.
Beliau menambah, China mahu berusaha bersama-sama dengan Singapura untuk meningkatkan lagi hubungan China-ASEAN.
Dr. Vivian Balakrishnan pula berkata, pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China, berhasrat untuk mengintensifkan kerjasama pragmatik, meningkatkan penyelarasan dalam urusan serantau dan antarabangsa serta menggalakkan kerjasama dua hala dan hubungan ASEAN-China mencapai kemajuan yang baharu.