Sebuah feri yang membawa 51 orang karam di kawasan perairan sekitar Bali, Indonesia petang semalam. Setakat ini tiga orang dilaporkan hilang.
Menurut pejabat konsulat China di Indonesia, masih belum menerima laporan terdapat warga China yang terlibat dalam insiden itu.
Menurut jurucakap pusat pencarian dan penyelamatan Indonesia, Marsudi, antara 51 orang itu termasuk 37 penumpang dan 14 anak kapal. Menurut perkembangan terkini, 48 orang telah berjaya diselamatkan.
Menurut pegawai pusat tersebut, Didi Hanzar, kebocoran air antara sebab utama yang mengakibatkan kemalangan ini. Usaha pencarian dan penyelamatan sedang giat dijalankan.