Cari:
TV Laluan Sutera Thailand Dirasmikan
2016-03-06 14:48:57 CRI Cetak

TV Laluan Sutera, sebuah stesyen televisyen Thailand yang memperkenalkan China kepada rakyat Thailand dengan menggunakan bahasa Thai mula menyiarkan program secara percubaan semalam. Satu program iaitu "Pesona Laluan Sutera" juga telah disiarkan secara rasmi pada hari yang sama.

Ruangan Pesona Laluan Sutera dibuat bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI) cawangan Asia, Persekutuan Pengeluaran TV China, dan TV Laluan Sutera. Program ini akan memperkenalkan tamadun Laluan Sutera yang bersejarah, pemandangan alam semula jadi, sejarah sosiobudaya, adat resam, budaya tradisional dan pembangunan ekonomi sepanjang Laluan Sutera kepada para penonton Thailand.

Kaunselor kebudayaan Kedutaan Besar China di Thailand, Chen Jiang dalam upacara perasmian TV tersebut menyatakan bahawa TV Laluan Sutera Thailand akan memainkan peranan yang besar bagi meningkatkan rasa saling memahami antara rakyat Thailand dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China