Cari:
Kes Zika Pertama Dikesan di Laos
2016-03-07 13:07:53 CRI Cetak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kes pertama penularan virus Zika di Laos. Setakat ini, penularan virus Zika telah direkodkan di 41 buah negara di dunia.

Pesakit yang dijangkiti Zika di Thailand pada bulan lepas, kini telah sembuh selepas menerima rawatan di hospital.

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, iaitu vektor yang sama bagi demam denggi yang membawa virus melalui gigitan pada manusia dengan gejala yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit kepala, ruam, mata kemerahan (konjunktivitis), sakit otot dan sakit sendi.

Selain itu, demam Zika juga memberikan ancaman yang besar kepada wanita hamil kerana merupakan penyebab sindrom mikrosefali (microcephaly), iaitu keadaan bayi berkepala kecil.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China