Cari:
50 Syarikat Rancang Pelaburan di Taman Industri China-Malaysia di Qinzhou
2016-03-09 13:48:50 CRI Cetak

Lebih 50 buah syarikat kini merancang untuk menjalankan urusan perniagaan di Taman Industri China-Malaysia di Qinzhou.

Skala perniagaan di taman industri itu dijangka mencecah USD 7.6 bilion (RM31.4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Parti Komunis China (PKC) di bandar Qinzhou, Guangxi, Xiao Yingzi dalam sidang pleno delegasi Guangxi dalam sidang tahunan Kongres Rakyat China(NPC) di Beijing semalam.

Menurut beliau, Qinzhou yang terletak di bahagian selatan Guangxi memiliki pelabuhan yang maju dan lokasi yang strategik.

Pihaknya akan memperkenalkan beberapa dasar utama bagi menarik pelabur dan usahawan, di samping menyediakan kemudahan kepada mereka.

Tambah beliau, dengan penubuhan makmal sarang burung peringkat negara di situ, Taman Industri Qinzhou berhasrat untuk menjadi pintu keluar masuk bagi produk "sarang burung gua" dari Malaysia ke negara ini.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China