Cari:
PDRM Tumpaskan Rancangan IS
2016-03-09 15:08:36 CRI Cetak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini berjaya menggagalkan rancangan kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk menculik pegawai kanan kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat.

Menurut beliau, seba­nyak 13 anggota IS merancang untuk menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.

Selain itu, pihak PDRM juga telah menggagalkan empat plot rancangan serangan pengganas IS di Malaysia.

Tambah beliau lagi, walaupun tiada cawangan IS di Malaysia setakat ini, namun sesetengah rakyat Malaysia telah terpengaruh dengan ideologi keganasan dan menyatakan kesetiaan secara langsung kepada pemimpin IS di Syria dan Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China