Cari:
Tokoh Media Asia Tenggara Puji Konsep Pembangunan Hijau China
2016-03-10 17:32:17 CRI Cetak

Tokoh-tokoh media dari Laos dan Indonesia memberikan komen yang positif tentang pembangunan hijau, salah satu daripada lima konsep yang dikemukakan dalam draf Rancangan Lima Tahun ke-13 China.

Naib Presiden Radio Kebangsaan Laos, Sangkhane Chounkhamphane berkata, reformasi dan keterbukaan yang diamalkan oleh China selama 30 tahun telah membawa kemakmuran dan kesejahteraan.

Sekiranya sesetengah negara maju menghabiskan hampir 200 tahun untuk menuai hasil pembangunan, China pula boleh berlapang dada kerana hanya memerlukan 30 tahun untuk perkara yang sama.

Kini, China sudah sedar bahawa pembangunan yang pesat tidak boleh mengorbankan persekitaran, perlu mengambil kira soal keseimbangan.

Oleh itu, pemimpin parti dan kerajaan China kini lebih menekankan keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar dengan pembangunan.

Ketua Editor Harian InHua Indonesia, Bambang Suryono pula berkata, kerajaan China memfokuskan usaha mengoptimumkan struktur perindustrian, di samping menggalakkan pengangkutan karbon rendah.

Hal tersebut jelas membuktikan bahawa kerajaan China mendengar suara rakyat serta komited untuk memulihara alam sekitar dan membaiki kualiti hidup rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China