Cari:
Ei Sun Oh: Lima Konsep Pembangunan Penting bagi China dan Dunia
2016-03-11 14:34:16 CRI Cetak

Lima konsep pembangunan yang dibentangkan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan amat penting bagi China dan seantero dunia.

Demikian dinyatakan Penyelidik Kanan Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Dr Ei Sun Oh baru-baru ini.

Beliau berpendapat, konsep inovasi secara berterusan mendorong kenaikan kualiti pembangunan ekonomi China dan kepentingannya tidak perlu diragukan lagi.

Konsep hijau memastikan China mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, mengurangkan penggunaan tenaga, memulihara ekologi alam sekitar dan mendorong perkembangan kitaran hijau dan karbon rendah demi menyumbang kepada ekologi China dan global.

Perkongsian bermakna semua komuniti China dapat menikmati hasil pembangunan dan reformasi. Negara-negara jiran juga dapat berkongsi dividen dari pembangunan China dan merealisasikan kerjasama menang-menang bersama-sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China