Permohonan e-visa Malaysia pada fasa pertama hanya disediakan kepada para pelancong warga China yang tinggal di Tanah Besar China, dan kemudian barulah dibuka kepada warga China yang tinggal di luar Tanah Besar China. Selain itu, e-visa Malaysia juga akan diperluas ke beberapa negara seperti India, Myanmar, Nepal dan Sri Lanka.
E-visa Malaysia tersebut menyasarkan pelancong atau mereka yang mahu mengunjungi dan melawat saudara-mara dan sahabat-handai di Malaysia dalam tempoh tidak melebihi 30 hari, dan dalam tempoh tiga bulan visa dikeluarkan, pelancong hanya boleh melancong di Malaysia sahaja. Mulai 1 Mac hingga 31 Disember tahun ini, kerajaan Malaysia juga melaksanakan dasar bebas visa kepada para pelancong China untuk melancong ke Malaysia dalam tempoh tidak melebihi 15 hari.