Cari:
Dua Maut dalam Bencana Banjir di Bandung
2016-03-14 11:36:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Dua orang maut, manakala tiga lagi hilang dalam bencana banjir di Bandung, Indonesia selepas hujan turun dengan lebatnya tanpa henti. Lebih 35 ribu kediaman musnah dan tenggelam dalam bencana alam tersebut.

Demikian dinyatakan jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho pada 13 Mac lalu.

Media Indonesia melaporkan bahawa bencana banjir tersebut turut mengakibatkan 15 wilayah di Bandung tenggelam hingga menyebabkan lebih 3,000 penduduk tempatan terpaksa berpindah. Kini, pasukan penyelamat BNPB sedang berusaha mencari mangsa yang hilang. Bencana banjir kali ini merupakan bencana banjir paling teruk yang berlaku di Bandung sejak 10 tahun yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China